Sunday 18 December 2011

HiKmaH dISeBaLiK uJIAnNyA

Assalamualaikum

Tentu ukhti tertanya-tanya kenapa ya, ana banyak menulis tentang kata-kata semangat. Ana berminat akan hal-hal sedemikian kerana ia banyak menyentuh tentang pengalaman hidup ana sendiri jadi disamping ana menaip bait-bait bicara yang hendak ana luahkan disini, sedikit sebanyak memberi impak kepada diri ana sendiri. Bak kata orang, perkongsian daripada pengalaman sendiri adalah lebih baik kerana ana pernah melalui situasi tersebut jadi mudahlah jika ana ingain memberi perkongsian ya, InsyaAllah buat ukhti yang ana kasihi sekalian.


ana pernah melalui saat yang paling meyedihkan dalam episod hidup ana. Mungkin terjadi disebabkan kesilapan ana juga. Ana memang takut gagal. Terutama sekali dalam peperiksaan. Sebelum ini, ana memang Alhamdulillah memperoleh keputusan yang baik. Dan hendak ditakdirkan ana mendapat sesuatu yang tidak seperti yang pernah ana jangka dan jauh sekali mengharap untuk meperolehinya. Waktu itu, hanya Allah swt sahaja yang memahami perasaan ana dan tekanan yang ana hadapi. Ana terasa hidup ana kosong dan semangat untuk kembali kedunia luar tidak ada lagi. MasyaAllah, sampai sedemikian sekali situasi ana pada waktu tersebut.

Namun, ana ada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan buat ana. Mereka sudi mendengar dan berkongsi suka duka bersama ana. Seorang sahabat pernah berkata kepada ana, dan kata-katanya itu begitu menyentuh diri ana. Sebelum ini sahabat ana juga memperoleh keputusan yang baik malah ana akui dia lebih baik dari ana. Namun, dalam peperiksaan sebenar, dia menerima ujian yang lebih berat dari ana, namun dia mampu tersenyum dan memuji Allah swt.

 " air mata ni tak akan menitis walau setitik atas kegagalan ini. Untuk apa keputusan peperiksaan yang cemerlang sekiranya ia boleh membuatkan hatiku riak.. sesungguhnya result ni tak dapat menempah tiket ke syurga pun. Tapi perasaan riak tuh terang-terang akan menghalang laluanku ke syurga"

MasyaAllah, wahai ukhtiku, akau mencintaimu kerana Allah. Tatkala ana terdengar bicaraNya, air mata ana kering. Peringatan ringkas daripada sahabat ana, menceriakan kembali hidup-hidup ana. Betapa ana tidak bersangka baik dengan takdir hidup ana. Allah swt telah menghembuskan kembali semangat dalam hidup ana. Ana betulkan niat ana kembali dalam mentelaah ilmu dan mulakan azam dan matlamat yang baru. 


ana dan sahabat ana berpeluang bercuti ke Kuala Lumpur, dirumah Datuk saudara ana. Kat sana, kami diajak mengikuti usrah-usrah dan disitulah hati ana mula tersentuh, untuk mengenali cinta pencipta dengan lebih dekat lagi. Hati ana terasa lebih tenang dan tersentuh dengan cara hidup yang mereka amalkan. Betapa mereka menganggap dunia hanyalah sekadar persinggahan dan akhiratlah yang menjadi buruan utama mereka. Banyak perkara yang ana dapat disebalik musibah yang ana tempuhi. Nikmat yang paling besar yang ana rasa bersyukur sangat-sangat ialah, disaat ana susah, ana dapat kenal siapa sahabat ana yang sebenar yang sanggup terima ana disaat ana jatuh dan sanggup bersusah payah demi ana. Selain itu, ana juga dapat merasai nikmat cinta sang pencinta yang selama ini ana abaikan cintanya. 


selepas dari kisah sedih ana, dan berlalu kisah percutian ana ke Kuala Lumpur, ana menerima satu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah, sahabat-sahabat ana yang lain juga berjaya menempatkan diri ke Institusi pengajian Tinggi yang diharapkan. InsyaAllah, perjuangan ini akan ana teruskan. Ana menuntut Ilmu kerana ana mencintai Ilmu Allah. Dengan ilmu, ana boleh bangunkan semula kegemilangan islam dan membela nasib umat islam yang ditindas oleh musuh-musuh islam. Apapun yang terjadi, ana panjatkan syukur kepada Illahi atas segala ketentuanNya.. Ingatlah, pasti ada hikmah disebalik ketentuan Allah swt...

amin~

No comments:

Post a Comment