Monday 19 December 2011

MEnJauHi SiKaP TaKaBBuR

Assalamualaikum,

Apa khabar ya ukhti sekalian? ana harapkan ukhti semua dalam keadaan sihat dibawah perlindungan Rahmat dan cinta Illahi yang tiada tara. Ana ada sedikit perkongsian pada malam ini. Peringatan daripada seorang Ustaz  ana rasa amat berguna buat diri ana dan juga sahabat-sahabat ana yang ana kasihi di sana sekalian. Usai saja maghrib tadi, sementara menunggu tibanya waktu Isyak, Ustaz memberi sedikit tazkirah berkenaan sikap Takabbur.


Pertama sekali, biarlah ana definisikan dulu apa itu Takabbur. Takabbur ialah sejenis penyakit hati iaitu sifat sombong yang wujud dalam diri seseorang manusia. Jika seseorang itu telah terjangkit penyakit takabbur, perlakuannya boleh merosakkan dirinya sendiri dan juga orang-orang yang berada disekitarnya. Wahai ukhti sekalian, Allah swt sangat membenci mereka yang bersifat sombong dan angkuh berjalan diatas bumi ciptaan Allah swt. Sifat sombong itu tidak wajar dimiliki oleh manusia kerana sifat sombong itu merupakan satu perlakuan iblis.

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
“Tidak akan masuk al jannah (surga) barang siapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan.”



Penggalan hadits di atas menunjukkan bahwa agama Islam melarang umatnya dari sifat sombong meski sekecil apapun. Barang siapa yang memiliki sifat sombong dalam hatinya meski sekecil apapun maka ia tidak akan masuk jannatullah (surga). Karena jannah itu benar-benar bukan disediakan oleh Allah subhanahu wata’ala bagi orang-orang orang-orang yang memiliki sifat sombong.

Umat islam hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik dengan menjauhi sifat takabbur dan menjaga hubungan sesama ummah. Melalui cara ini, kita dapat mencerminkan keindahan islam kepada orang bukan islam, dan menarik mereka untuk mengenali islam dengan lebih dekat lagi. Pesan ustaz itu lagi, sifat takabbur yang tertanam dalam diri insan ini akan medorong mereka untuk berhasad dengki dan bersangka buruk terhadap orang lain. Maka, terjadilah umpat-umpatan dan kata-mengata sehingga terjadinya fitnah yang melata. Nauzubillah~

Ana terkesan apabila Ustaz menegaskan bahawa jangan sesekali kita mencari kesilapan orang lain. seseorang muslim itu dia tidak menilai orang lain tanpa usul periksa. Wahai ukhti sekalian, Mungkin perlakuan kita seharian tanpa sedar, kita sebenarnya telah menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita. Mungkin juga dalam diam kita terdetik secebis perasaan takabbur yang dibenci Allah swt. Marilah bersama kita bermuhasabah kembali dan memohon keampunan dariNya.

Persoalannya, bagaimana ya Ukhti kita ingin menjauhi sifat Mazmumah yang dibenci Allah ini. Apa usaha kita untuk melawan nafsu yang giat mengoda hati?

Pesan Ustaz :

  • Pertama jauhilah perkara syubhah. 
  • Malu bercakap tentang keburukan orang lain
  • Tundukkan pandangan kita daripada melihat perkara maksiat
  • Hindari mencampuri urusan orang lain ( mengadu domba )
  • Jaga hubungan sesama ummah
Sebagai seorang Mukmin yang berjaya, kita hendaklah Menghindari sifat Takabbur dan bersifat dengan sifat pemurah. Sesungguhnya apa sahaja yang kita lakukan pada jalan Allah, nescaya Allah akan membalas dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda. Sesungguhnya kebaikan yang kita lakukan akan kembali pada kita. Apakah kita akan rugi wahai ukhti? Mestilah tidak, bahkan jika kita mampu melihat banyaknya pahala yang Allah beri, mesti kita sekarang ini sedang berlumba-lumba hendak mengumpul amal kebaikan untuk dipersembahkan kepada Tuhan yang Maha Esa.

Mungkin sampai disini sahaja perkongsian ilmu yang ana perolehi pada hari ini. Semoga apa yang kita kongsikan bersama dapat melembutkan dan menyejukkan hati kita. Dengan harapan semoga Allah subhanahu wata'ala selalu membersihkan hati kita daripada penyakit takabbur dan mengolongkan kita dalam golongan hamba-hambanya yang bertakwa. Akhir kata, yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk itu datangnya daripada kesilapan ana sendiri. Namun secara hakikatnya baik dan buruk itu datangnya dari Allah swt.

salam sayang ukhti sekalian, Uhubbuki Fillah~

No comments:

Post a Comment