Wednesday 21 December 2011

ALLaH DiSiSi KiTa,So, Don't Be Sad

Assalamualaikum

Apa khabar ya ukhti? Ana sebenarnya bakal menduduki peperiksaan final tidak lama lagi. Namun, ana sempatkan juga sedikit masa yang tersisa untuk menulis sedikit perkongsian ilmu yang tidak seberapa sebagai makanan rohani kita bersama. Petang tadi, ana terbaca satu artikel di sebuah ruangan tazkirah yang menyelitkan sebuah coretan ringkas tapi mantap sekali pengisian maknanya. Tajuk artikel tersebut ialah:

JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN ITU SINGKAT DARI APA YANG KITA SANGKA


Ana ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang ana baca. Mungkin disini, kita mampu peroleh pengajaran bersama, InsyaAllah...

Dale Carnegie menyebutkan sebuah kisah seseorang yang derita luka bernanah di dalam ususnya. Keadaanya sangat parah sehingga para doktor mengatakan saat kematiannya telah hampir dan meyarankan agar pesakit tersebut mempersiapkan kain kafan utuk dirinya. Tiba-tiba, Earl R.Haney ( nama pesakit tersebut) mengambil satu keputusan yang mengejutkan dimana dia berfikir tentang diriya. " Jika sedikit waktu yang tersisa buat diriku, mengapa aku tidak menikmati sisa waktu yang ada dengan apa sahaja yang aku sukai. Telah lama aku pendamkan keinginan untuk bermusafir mengelilingi dunia sebelum kematian datang menjemputku. Maka sekaranglah waktu yang tepat untuk mewujudkan cita-citaku itu". Lalu dia pun membeli tiket perjalanan. Para doktor kebingungan seraya berkata kepadanya: kami memperingatkan kepadamu agar jangan meneruskan hasratmu itu, jika kamu masih berdegil nescaya kamu akan terkubur di tengah lautan". Lalu dia menjawab, : Tidak, semuanya itu tidak akan berlaku, kerana aku telah berjanji kepada semua keluargaku bahawa jenazahku tidak akan dikuburkan kecuali di kuburan keluarga."


Maka, Earl R. Haney pun segera menaiki perahu sambil perahu sambil mendendangan syair bagi menenangkan hatinya. Maka mulalah perjalanannya yang dipenuhi dengan suka ria dan kegembiraan. Suatu hari dia menulis sepucuk surat kepada isterinya. "Aku makan dan minum dengan begitu nikmatnya diatas kapal ini. Aku yanyikan senandung-senandung indah dan aku makan kesemua makanan sehingga makanan yang berlemak yang dilarang sebelum ini. Aku menikmati saat yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini selama hidupku. Lalu apa lagi yag aku perlukan".

Dale Carnegie mengatakan pemuda tersebut telah sembuh dari penyakitnya, kerana dia telah menempuh cara yang efektif dalam melawan dan mengalahkan peyakit yang dideritainya. Namun, kisah ini ialah sebuah kisah yang berlaku dalam kehidupan seorang yang bukan beragama islam. Apa yang ana ingin kongsikan ini ialah cara berfikir Earl. R Haney yang positif dalam menghadapi dugaan yang dihadapinya dengan penuh ketabahan. Walaupun dia tahu bahawa nyawanya hanyalah dihujung tanduk, namun dia masih lagi bersemangat dan mampu berfikir secara positif tentang perkara tersebut dan masih berusaha untuk mengabulkan impianNya yang selama ini terpendam. 





Bayangkan kita pula ya Ukhti, kita punya Allah disisi. Bagaimana kita yang baru terkena tempias kesusahan yang tak seberapa, sudah ingin berputus-asa. Walau apapun yang berlaku dalam kehidupan ini kelak, Jangan berputus-asa mengharapkan Rahmat Allah subhanahu wata'ala...

Kisah ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu dari ana. Ana mohon maaf seandainya ada tersilap maksud yang ana sampaikan, silalah Ukhti sekalian menegur ana kerana sesungguhnya manusia itu tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan dari situ jugalah kita memperolah sebuah ilmu yang baru.Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu berpunca daripada kesilapan ana sendiri.sejuta kemaafan ana pinta... salam sayang ukhti sekalian.

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment