Sunday 18 December 2011

SeNTiAsA BeRsAnGkA BaIk KePaDa ALLaH

Assalamualaikum...

Duduk sejenak dan hayatilah perjalanan hidup yang anda lalui sepanjang hari ini. Mungkin baru tadi ukhti bersenda gurau dengan riang sekali mungkin tak sampai seminit pun perasaan tersebut boleh bertukar menjadi gundah gulana... dan begitulah sebaliknya kerana semua emosi tersebut menjadi perencah yang akan melazatkan Lauk- pauk kehidupan yang kita lalui seharian. Hidup tidak akan sentiasa diatas, bila-bila masa kita boleh jatuh kebawah.

ukhti, mampukah ukhti menjamin bahawa ukhti akan sentiasa berdiri teguh dipuncak kejayaan tanpa merasai kekecewaan tatkala diri terjunam rebah menyembah kegagalan? Insan yang mana tidak mahu berjaya ya ukhti. semua ingin berada tinggi mengapai awan, tak ada yang berimpian untuk jatuh. Tapi perlu ingat, tatkala diri diuji dengan musibah, dan kejayaan yang diharapkan tidak kunjung tiba, janganlah pula ukhti berputus asa. Teruskan usaha, sesungguhnya Allah bersama mereka yang berusaha dan ikhlas melakukan sesuatu keranaNya. Allah tidak menyukai mereka yang berputus asa.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

- Surah Al Baqarah ayat 216

sentiasalah berprasangka baik kepada Allah swt dan jangan sesekali mempertikaikan setiap aturanNya. siapalah kita untuk mempersoalkan takdir ketentuanNya kerana kita hanyalah sekadar hamba yang bertanggungjawab untuk mentaatinya. Allah maha pengasih dan maha penyayang. Dia tidak membebani hambanya melebihi kesanggupanNya untuk menghadapi sesuatu ujian tersebut. Oleh yang demikian:

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pulak kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,
jika kamu orang-orang yang beriman"

-Surah Al Imran ayat 139

Walau apapun ujian atau kesusahan yang kita hadapi, ingatlah wahai ukhtiku, Kita masih punya Allah disisi kita. Jadi bersemangatlah!

"Cukuplah Allah Bagiku, tiada Tuhan Selain dari-Nya, Hanya
kepada-Nya aku bertawakkal"

-surah At -Taubah ayat 129

No comments:

Post a Comment